Ada bran? Sila klik di sini : )

Tak ada internet , Cybercafe pulak jauh
Xde internet connection kat umah,

xleh nk update antivirus,

xleh nk update blog,

xleh nk baca paper online,

nak ke cybercafe kat pekan,

jaraknya yg sgt jauh menyebabkan aku dan korg pn,

terpaksa berpikir banyak2 kali..

so aku bercadang nk pasang internet kat rumah.

ada pape cadangan x?
Selamat Tinggal Akademi Faundasi UTP
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni merupakan hari kedua terakhir aku kat UTP. Semua barang dah siap dikemas, singgah bermalam jap kat bilik Amat. Memandangkan sejak akhir2 ni beliau sering di ganggu, aku sebagai kawan dan teman sepermainan beliau bersetuju utk bermalam di biliknya. Walaupun x lama, tapi sekurang-kurangnya dapat la dia merasai kembali perasaan aman dan damai yang telah lama hilang sejak diganggu oleh....jeng jeng jeng.

Tapi bukan itu ceritanya malam ni, sbb aku pn ada jgak pengalaman yg pada aku agak menyeramkan. Tapi x de la sampai meremang bulu2 roma kat tengkuk, mungkin bulu2 ketiak terpacak sedetik dua aje. Itu pun kalau korang ada bulu ketiak.

Malam ni merupakan detik yang mendebarkan bagi beberapa gelintir rakyat Malaysia (plural utk segelintir..haha) sebab kemungkinan malam ni Malaysia akan kembali merangkul pingat emas di Laos bagi sukan bola sepak. Sekaligus menandakan kebangkitan sukan bolasepak di Malaysia, walaupun ramai di antara kita tahu prestasi2 luar biasa macam ni hanyalah umpama hangat2 tuuuuuut.

Tapi bukan itu persoalannya, yang penting sama2 la kita terus memberi galakan dan dorongan kpd pejuang2 negara yang sekarang tgh berentap di atas padang bola kat Laos nun. Dan untuk pengetahuan korang, ketika entri ni ditulis pasukan Malaysia sudah pun mendahului 1-0 hasil jaringan Badrol Bakhtiar.

Tapi aku mcm xde semangat lak nk terjerit2 macam ungka kat depan TV blok hostel aku. Tak tau la sama ada disebabkan sayu mengenangkan kepulangan aku ke rumah nnt, ataupun disebabkan mungkin ini kali terakhir aku menggunakan internet secara percuma. Sapa tau masa depan masing2 kan?

But, at least detik2 akhir foundation semester aku kat UTP di akhiri dengan saat2 indah. Semalam Khemah Ibadah 2009 berakhir dgn jayanya, malam tu main boling pulak, pastu Arsenal menang dgn Liverpool 2-1..harap2 malam ni Malaysia menang dgn Laos. Andai kata aku tersingkir dari Akademi Foundasi UTP, ada la jgak kenangan2 manis utk aku ingat sebelum tido.

Aku tau, mungkin ada di antara korang tengok post aku kali ni agak sengal, tapi sebenarnya aku agak cuak bila memikirkan result yang bakal keluar nnt. Sampai termimpi2 pulak tu, dan kebiasaan nya mimpi aku ni betul2 belaka. Cuma masa aje yang menentukan bila terjadinya benda yang aku mimpikan tu. Tambahan pulak beberapa detik tadi aku baca entri terbaru encik razman, lagi laa rasa sedih + sayu + pilu hati ni. (kalau nk baca bole la klik kat sini)

Semoga tahun 2009 yang bermula dengan detik2 manis tidak di akhiri dengan saat2 masam, pahit, payau, kelat dan busuk.

Sekian, wasalam

p/s: Biarpun sesetengah orang kata pahit tu ubat, tapi ubat sirap adik aku ok je..x pahit pun?
Liverpool Tersungkur di Tangan Arsenal
Kedudukan Rafa Benitez semakin goyah di Anfield


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni merupakan hari yg agak happening bagi aku~

Sebabnya ada TIGA:

> Khemah Ibadah 2009 dah habis<

>Baru balik men boling dengan brader2 fasi Khemah Ibadah 2009 yg lain<

dan yang paling penting sekali:

ARSENAL
2 - 1 Liverpool


Pada 45 minit yg pertama, Liverpool mendahului satu gol, terima kasih kepada Dirk Kuyt.


Minit yg ke - 50,


Denilson berlari menggelecek bola di sebelah kanan padang, melepasi beberapa pemain Liverpool,

melakukan satu hantaran leret kepada Samir Nasri yang berlari ke dalam kotak penalti,

dan.....

GOOOOOLL!!!

Glen Johnson, pemain pertahanan Liverpool tertampan bola hantaran Denilson ke dalam gawangnya sendiri~

Seterusnya minit ke-58,

Satu lagi gol dijaringkan oleh Arshavin,

terima kasih kpd pertahanan Liverpool yg goyah dan tiang gol.

Liverpool terus menyerang dan menyerang,

tapi nampaknya sia-sia sehinggalah wisel penamat dibunyikan.


What a marvellous night, thank you Allah.

Sempat la gak bangga kejap sebab singgah kat kdai mamak tadi aku sorang aje pakai baju Arsenal,

Pastu berdekatan dengan meja makan aku tadi ada sekumpulan penyokong Liverpool..

Put yourself in my shoe, and you'll feel what I feel that moment.


Sekian, wassalam


Bestnya Dating Masa Final Exam (^^,)
Salam sejahtera.

Dah brape lama ye jari aku x berdangdut di atas keyboard laptop Dell aku nih?
Seminggu? Dua minggu? Sebulan?

PEDULIKAN..

Kenapa nak kisah perkara yg lama..sedangkan yg baru bersedia utk mengganti?
(Chewah ayat..ko ingat senang2 macam tu aje ke..huh)

Sekarang dah masuk minggu kedua final exam bagi semester kedua foundation aku kat UTP ni.
Sekarang ni bknnya sekadar berada disekitar selekoh,
Entah2 dah drift braper kali pun aku xtau la.
Harap2 la x terbabas..

-Sekadar gambar hiasan-

Dalam minggu2 macam ni la IRC kembali meriah,
umpama sedang mengadakan open house utk meraikan Raya Qurban yg lepas.
Bak kata orang, puasa sebulan, raya pun sebulan la~

(Tah sape la punye statement ni..mesti orang tu x pernah cukup puasa..haha)

Padahal yang berbondong-bondong ke IRC tu bukannya study pun..
Sembang + makan + tido + usik kawan..
Kalau yang nafsu duk membuak-buak tu, pegi dating dalam IRC.
Panjang cerita yg dipendekkan, hampir 80% student yg pergi IRC hanya study utk

30 minit yg pertama.

Masuk je minit yg ke-31, mula laa hilang fokus, rasa mengantuk mula menyerang..
Tak tau la kot2 ada yang tiba2 teringatkan gosip semalam ke..hahaha

Tapi x mengapa..diorang yang duk dating dalam IRC tu..ingat korang aje ke yg ada teman nk dating?

Aku pun ada gak..beberapa jam yang lepas aku dating dengan Siti Programming binti C++.

Sok aku ada date dengan Nurul Foundation Maths,

Lusa dengan tulat ada lunch dengan Cik Bisnes dan Miss English.

WOW! Jejaka hot gak aku ni yer..sampai kan dalam seminggu je ada
4 'awek' nk dating dengan aku..!!


Sudah. Hentikan penipuan ini.


Sebenarnya aku cuba menjadikan peperiksaan ni sebagai satu benda yang
menyenangkan hati dan perasaan serta jiwa aku sbg seorang pelajar.
Tambahan pulak dalam usia yang muda belia lagi ensem serta kacak bergaya,
of course la date itu dianggap saat2 indah lagi bahagia..

tidakkah begitu?

Yea..semestinya begitu!!

Dalam seminggu dua ni jugak kawan2 aku kebanyakannya sibuk bersedia untuk 'date' masing2.
Tapi aku bukannya prepare sangat pun..
Sibuk online Facebook, main game,tengok bola,menyakat..
Nasib baek la aku ni seorang pemuda yg berkarisma lagi berwawasan,
ada la jugak study sket2..hahaha

X braper lama dah nak duk kat UTP ni.
Jumaat dah nak balik dah.
Sabar ye encik pengarang..sabar..sikit aje lagi.
Game tu ko simpan la kjap..dah start cuti nnt ko main la smpai lebam.


Aku rasa sampai sini aje la..nak prepare utk date esok lak.


~Sekian, wasalam~

p/s: sememangnya bahagia berdating di saat2 final exam. Tak percaya? Cubalah! :D



ONE down, FOUR more to GO!!
-Idaman semua pelajar Malaysia-

"Senangnya dalam hati...kalau beristeri dua.."

Pnah dgr x lagu tu?

Xpnah?

Anda mmg bukan warganegara Malaysia kalau x knal lagu ni..
Kalau anda adalah pelajar UTP, sila dapatkan nya di DC++ dgn segera.
Kpd pembaca dari luar UTP..apo ditunggu laie..Google la..!

Lagu di atas tu mmg sangat kamceng dgn situasi aku sekarang..

"HAPPY mode activated..bertukar!!"

Disebabkan terlalu hepi, smpai bilik je trus aku online MukaBuku.
Ye la..nk wat ape lagi..teringin jgak nk tgk ape cter dgn kawan2 aku yg lain.
Drpd status diorang kat MukaBuku pn kita boleh tau ape yg diorang rasa sekarang ni..

Ada yg sedih..ada yg optimistik..ada yg biasa2 je..
Nasib baik la x de yg spastik..haha

Aku?

Kan dah bgtau tadi..aku sangat hepi!
Sila scroll ke atas..perhatikan betul2 yg aku sangat hepi..haha

Disamping rasa riang raya, aku panjatkan rasa syukurku kpd Allah..
Sbb urusan aku tadi dipermudahkan,
Allah SWT tunjukkan jalan dan berikan ilham kepadaku.

Walaupun x pasti la betul ke x jawapan aku,
tp sebaik saja aku melangkah kuar dr Chancellor Hall,
terasa kelegaan yg amat sangat..hoho ^^

Below is the checklist:

> Principle of Economics - SBF 0034 (DONE) <

Tapi ada lg 4 paper lak lpas Raya Haji ni..adehh~

The other four is:

>Intro to Business and Info System - SBF 0024<
>Intro to Prob Solving and Programming - TTF 0014<
>Foundation Math - TMF 0024<
>English II - GLF 0024<

Petang ni dijangka 65% budak2 foundation akan pulang berhari raya..
Aku dan beberapa kerat lg kawan2 merasakan lebih elok kalau kitorang sambut kat cni aje.
Dah la duit scholar pn x masuk lg..lagipun xnak bg ilang momentum final exam.
For sure kalau dah balik raya, kitorang x study punyer..haha

Sekadar berpesan kpd rakan2 yg pulang ke kampung..
Jgn lupakan kitorang kat sini ye..balik UTP nnt bawak la pape utk dijamah bersama..
Makan berjemaah banyak berkat..hehe



Setakat ni aje rasanye..
Sekian, wasalam~


p/s: Rindu nye kat sambal daging dendeng ummi.. :(
  • About Me

    My Photo
    Z-cReW
    Orang yg PANDAI mengambil pengajaran dari pengalaman sendiri, orang yg BIJAKSANA mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain..
    View my complete profile

    Followers